tart nenas unik media

Bosan dengan Tart Nenas yang biasa-biasa saja? Anda tidak akan bosan lagi dengan Tart Nenas Unik ini!

Yusnisah Mohd Yusar
facebook tart nenas instagram tart nenas whatsapp tart nenas
Dari : Puan Yusnisah Mohd Yusar
Tarikh :

Tart Nenas… satu nama yang tidak asing lagi kepada si penggemarnya . Kudapan ringan yang popular sejak dari dulu lagi. Dulu, kita seringkali dapat menikmati tart nenas bila tibanya musim perayaan Aidilfitri. Kini, seiring dengan peredaran masa tart nenas bukan sahaja dapat dinikmati bila-bila masa, malah ia kini telah mendapat sentuhan baru yang lebih unik.

Tart Nenas Bentuk Buah-buahan adalah satu transformasi unik yang dihasilkan daripada sedikit olahan resepi doh tart nenas gulung atau terap yang biasa kita nikmati sebelum ini. Cuma kini ianya dihasilkan dengan lebih kreatif & dibentuk menjadi beberapa jenis buah-buahan yang unik dan ianya amat sesuai untuk dijadikan hantaran pada majlis pertunangan atau perkahwinan, doorgift pelbagai majlis serta sesuai juga untuk dijadikan salah satu penyeri dalam gubahan hamper.

 

tart20mei14

Terdapat 7 jenis buah  yang dihasilkan daripada resepi tart nenas ini iaitu bentuk buah Strawberry, Manggis, Oren, Mangga, Jambu Air , Epal dan Labu.

 

 

headline2

  • Tart nenas bentuk buah-buahan ini dihasilkan menggunakan MENTEGA TULEN
  • Tart nenas bentuk buah-buahan ini dihasilkan menggunakan bahan/ ramuan yang halal & pewarna makanan dalam kuantiti yang dibenarkan serta TIADA bahan PENGAWET
  • Tart Nenas Bentuk Buah-buahan kami mempunyai jangka hayat selama 3 bulan dari tarikh ia dibuat jika disimpan di dalam bekas kedap udara
  • Berat setiap biji tart nenas bentuk buah-buahan ini lebih kurang 18 gram dan saiz ini amat sesuai untuk dijadikan doorgift perkahwinan atau pertunangan mahupun majlis keraian yang lain
  • Kelebihan tart nenas bentuk buah-buahan kami ini adalah dari segi teksturnya yang cair dimulut serta sukatan inti jem nenas yang amat mencukupi untuk membuatkannya benar-benar dapat dinikmati sehingga ke gigitan terakhir
  • Tart Nenas bentuk buah-buahan ini BOLEH DIPOS dengan selamat termasuk ke Sabah & Sarawak kerana kami menggunakan pembungkusan khas bagi mengelakkan tart nenas daripada pecah

 

headline3

tartpromogift

  • Kotak Hadiah Eksklusif 5 biji (Code: A-5 Cavity) – RM5.50 (tempahan minimum kuantiti 50 kotak)
  • Kotak Hadiah Eksklusif 4 biji (Code: B-4 Cavity) – RM4.50 (tempahan minimum kuantiti 50 kotak)
  • Kotak Hadiah Eksklusif 3 biji (Code: C-3 Cavity) – RM3.50 (tempahan minimum kuantiti 50 kotak)
  • Kotak Hadiah Eksklusif 2 biji (Code: D-2 Cavity) – RM2.50 (tempahan minimum kuantiti 50 kotak)
  • Kotak Hadiah Ekonomi 2 biji (Code: D-Ecopack 2 Cavity) – RM1.90 (tempahan minimum kuantiti 50 kotak)

 

Untuk tempahan doorgift Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini, anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan sebutharga bagi tempahan yang besar.

hubungi tart nenas unik

 

headline-4

MALAYSIA HARI INI – TV3

tart nenas bentuk buah buahan di tv3 mhi

ASSALAMUALAIKUM – TV ALHIJRAH

tart-nenas-tv-al-hijrah

APA KATA WANITA – TV1

tart nenas bentuk buah-buahan tv1

BERITA HARIAN

Berita Harian

HARIAN METRO

Harian Metro

 

1229822_10152010123614401_1486733818_nLatar belakang pemilik.

Saya, Yusnisah Mohd Yusar adalah ibu kepada 3 orang cahayamata lelaki. Saya menetap di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang ‘baking’ khusus dalam pembuatan kek & biskut dan menjalankan perniagaan offline secara kecil-kecilan secara ‘part time’ kerana ketika itu saya berkhidmat di sektor swasta dalam bidang perhotelan.

Seterusnya saya menceburkan diri dalam bidang pembuatan coklat sejak 4 tahun yang lalu dan dari situ lah saya mula menjalankan perniagaan online secara serius serta sepenuh masa. Selepas setahun menjalankan perniagaan offline & online sepenuh masa, akhirnya saya mendaftarkan perniagaan saya dengan SSM atas nama YMY Chocolicious & Crafts (002089200-T) yang kini telah hampir 3 tahun ‘usianya’.

Saya juga adalah salah seorang usahawan bimbingan Lembaga Koko Malaysia. Pembuatan coklat juga adalah salah satu bidang yang saya minati di mana kini coklat merupakan salah satu dari punca pendapatan buat YMY Chocolicious & Crafts selain dari pembuatan kek & biskut.

Selain daripada perniagaan berasaskan ‘baking/bakery’ saya juga mengambil tempahan gubahan hantaran perkahwinan atau pertunangan. Segala aktiviti jualan online yang saya jalankan adalah melalui Facebook Page & Blog. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan terutamanya di musim2 perkahwinan di mana jadual saya amat-amat padat dalam mengejar ‘dateline’ tempahan.

Kini, sejak 2013 saya juga telah mula berjinak-jinak melebarkan sayap perniagaan saya dengan mengikuti Pameran Pengantin dengan menyewa booth jualan. Harapan & doa saya adalah dalam tempoh 2 tahun dari sekarang, saya ingin memiliki & membuka sebuah kedai bakery & studio masakan saya sendiri agar saya dapat mengembangkan lagi perniagaan saya ini disamping mengadakan kelas-kelas masakan untuk berkongsi ilmu & minat dengan orang lain pula … In Shaa ALLAH.    

Majlis anda sudah ada doorgift? Tak nak doorgift Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini? Nak jadikan Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini sebagai hantaran sahaja? Boleehhh… Tak ada masalah kerana kami juga ada menyediakan  2 jenis pembungkusan Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini yang sememangnya amat sesuai untuk anda jadikan hantaran majlis pertunangan atau perkahwinan anda…. oppss nanti dulu… bukan untuk hantaran aje tau! Kalau nak tempah lebih pun boleh, boleh juga dijadikan hadiah atau buah tangan untuk orang tersayang atau ketika anda melawat sanak saudara rakan & taulan. 

Set Hadiah Kotak Eksklusif 35 biji Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Tart Nenas Bentuk Buah-buahan

Sekotak Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini mengandungi 35 biji di mana terdapat 7 jenis buah iaitu Strawberry, Manggis, Lemon, Oren, Labu, Epal & Jambu Air. Tart ini boleh DIPOS & In Shaa ALLAH pelanggan akan menerimanya dalam keadaan yang baik kerana kami menggunakan pembungkusan khas & dikurierkan menggunakan perkhidmatan Gdex Express. Harga yang kami tawarkan amat berbaloi dengan kualiti yang bakal anda dapat dari segi rasanya yang sedap cair dimulut, teksturnya & bentuknya yang unik. Kami tawarkan pada harga RM70 sekotak & kos pengeposan RM20. Jumlah keseluruhan untuk set ini adalah RM90.

Nanti dulu!!!! Jangan buat keputusan lagi.. kerana kami ada tawaran menarik untuk anda. Jika anda membuat pembelian sekarang kami ada DISKAUN & TAWARAN HEBAT untuk anda. Untuk TEMPOH TERHAD sehingga 28 February 2015, kami tawarkan Set Hadiah Kotak Eksklusif 35 biji Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini pada harga PROMOSI bernilai RM65 TERMASUK POS !!! Anda JIMAT sebanyak RM25 !!! 

Majlis anda selepas 28 February, 2015 ? Tidak mahu terlepas harga promosi ini? Jangan bimbang, anda boleh tempah sekarang dengan harga promosi sebelum tarikh promosi tamat & kami akan poskan kepada anda mengikut tarikh yang anda tentukan. Menarik bukan? Jadi, tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang & tawaran hebat ini ….

tempah tart nenas

Tart Nenas Bentuk Buah-buahan dalam Bakul Pastry

Selain daripada kotak eksklusif, kami juga ada menyediakan Tart Nenas Bentuk Buah-buahan dalam bakul pastry yang unik. 

Bakul pastry ini diperbuat daripada tepung gandum yang diuli menjadi doh seperti doh untuk membuat roti. Berat bakul pastry ini (tanpa isi) adalah 780 gram. Diameter lantai/tapak bakul adalah 5.5 inci (14cm) dan diameter permukaan adalah 9 inci (23.5cm) . Manakala panjang lengkungan tangkainya pula adalah 12 inci (30.5cm).

Pembuatan bakul pastry ini dilakukan dengan amat teliti bagi menghasilkan anyaman yang kemas sehingga terhasilnya bakul pastry yang kelihatan seperti bakul rotan asli. Setelah dianyam rapi, bakul ini dibakar dengan suhu yang sesuai di dalam oven selama 4 jam bagi memastikan keseluruhan doh masak sempurna. Oleh kerana melalui proses pembakaran yang lama, ketahanan/jangka hayat bakul pastry ini adalah sehingga 6 ke 12 bulan dari tarikh ia dibuat jika disimpan dengan elok tanpa didedahkan dengan persekitaran yang terbuka. 

Contoh 1 : Tart Nenas Bentuk Buah-buahan dalam Bakul Pastry

Contoh 2 : Tart Nenas Bentuk Buah-buahan dalam Bakul Pastry

Untuk set Tart Nenas Bentuk Buah-buahan dalam Bakul Pastry ini pula, didatangkan dengan 50 biji tart nenas bentuk buah-buahan. Ia amat sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan mahupun pertunangan.

Ia juga sesuai dijadikan hadiah buat insan tersayang, kerana selain rasa tart nenasnya yang gebu, lembut & cair dimulut, bakul pastry ini juga boleh disimpan sebagai perhiasan & dijadikan kenang-kenangan memandangkan jangka hayat bakul pastry ini yang tahan lama sehingga menjangkau ke 12 bulan.

Set ini adalah salah satu ‘killer produk’ atau produk TERLARIS kami sejak mula diperkenalkan sejak 3 tahun yang lalu.

BERAPA HARGANYA..???

Sesuai dengan kerumitan membuat bakulnya sehingga menjadi satu seni yang halus, kami tawarkan Tart Nenas Bentuk Buah-buahan dalam Bakul Pastry pada harga RM250 beserta kos pos/kurier RM25 dengan menggunakan perkhidmatan Gdex Express. Dengan itu jumlah keseluruhan untuk set ini adalah RM275.

TETAPI ….. jika anda TEMPAH & membuat pembayaran SEBELUM 28 February, 2015 kami TAWARKAN pada harga ISTIMEWA iaitu RM200  sahaja TERMASUK kos penghantaran. Dengan itu, anda JIMAT sebanyak RM75…. Berbaloi bukan??? Jadi, tunggu apa lagi? Bertindak sekarang !!

Majlis selepas 28hb February, 2015 ? Tidak mengapa, untuk melayakkan anda menikmati harga istimewa ini yang jarang-jarang kami berikan, anda TEMPAH SEKARANG & kami akan HANTAR KEMUDIAN pada tarikh yang anda tetapkan sendiri.

 

hubungi tart nenas unik

 

NOTA PENTING…

Kami amat menggalakkan pelanggan-pelanggan kami untuk membuat tempahan seawal 2 minggu sebelum tarikh pengeposan dibuat. Ini adalah kerana, kami tidak ada stok tersedia. Kami hanya akan menyiapkan/membuat tempahan berdasarkan ‘made to order basis’ kerana produk kami adalah produk ‘homemade’ di mana kami amat mementingkan kualiti serta ‘kesegaran’ produk terjamin setiap masa walaupun Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini mempunyai jangka hayat selama 3 bulan (tanpa bahan pengawet).