logo-tart-nenas-unik
tart nenas unik media
Bosan dengan Tart Nenas yang biasa-biasa saja?
Anda tidak akan bosan lagi dengan Tart Nenas Unik ini!
Tak sabar untuk lihat hasil kerja kami?
Tart Nenas... satu nama yang tidak asing lagi kepada si penggemarnya . Kudapan ringan yang popular sejak dari dulu lagi. Dulu, kita seringkali dapat menikmati tart nenas bila tibanya musim perayaan Aidilfitri. Kini, seiring dengan peredaran masa tart nenas bukan sahaja dapat dinikmati bila-bila masa, malah ia kini telah mendapat sentuhan baru yang lebih unik.

Tart Nenas Bentuk Buah-buahan adalah satu transformasi unik yang dihasilkan daripada sedikit olahan resepi doh tart nenas gulung atau terap yang biasa kita nikmati sebelum ini. Cuma kini ianya dihasilkan dengan lebih kreatif & dibentuk menjadi beberapa jenis buah-buahan yang unik dan ianya amat sesuai untuk dijadikan hantaran pada majlis pertunangan atau perkahwinan, doorgift pelbagai majlis serta sesuai juga untuk dijadikan salah satu penyeri dalam gubahan hamper.

Terdapat 7 jenis buah yang dihasilkan daripada resepi tart nenas ini iaitu bentuk buah Strawberry, Manggis, Oren, Mangga, Jambu Air , Epal dan Labu.
tart-nenas-yusnisah
Latar belakang pemilik
yusnisah-mohd-yusar
Saya, Yusnisah Mohd Yusar adalah ibu kepada 3 orang cahayamata lelaki. Saya menetap di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. Berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang 'baking' khusus dalam pembuatan kek & biskut dan menjalankan perniagaan offline secara kecil-kecilan secara 'part time' kerana ketika itu saya berkhidmat di sektor swasta dalam bidang perhotelan.

Seterusnya saya menceburkan diri dalam bidang pembuatan coklat sejak 4 tahun yang lalu dan dari situ lah saya mula menjalankan perniagaan online secara serius serta sepenuh masa. Selepas setahun menjalankan perniagaan offline & online sepenuh masa, akhirnya saya mendaftarkan perniagaan saya dengan SSM atas nama YMY Chocolicious & Crafts (002089200-T) yang kini telah hampir 3 tahun 'usianya'.
Saya juga adalah salah seorang usahawan bimbingan Lembaga Koko Malaysia. Pembuatan coklat juga adalah salah satu bidang yang saya minati di mana kini coklat merupakan salah satu dari punca pendapatan buat YMY Chocolicious & Crafts selain dari pembuatan kek & biskut.

Selain daripada perniagaan berasaskan 'baking/bakery' saya juga mengambil tempahan gubahan hantaran perkahwinan atau pertunangan. Segala aktiviti jualan online yang saya jalankan adalah melalui Facebook Page & Blog. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan terutamanya di musim2 perkahwinan di mana jadual saya amat-amat padat dalam mengejar 'dateline' tempahan.

Kini, sejak 2013 saya juga telah mula berjinak-jinak melebarkan sayap perniagaan saya dengan mengikuti Pameran Pengantin dengan menyewa booth jualan. Harapan & doa saya adalah dalam tempoh 2 tahun dari sekarang, saya ingin memiliki & membuka sebuah kedai bakery & studio masakan saya sendiri agar saya dapat mengembangkan lagi perniagaan saya ini disamping mengadakan kelas-kelas masakan untuk berkongsi ilmu & minat dengan orang lain pula ... In Shaa ALLAH.

Majlis anda sudah ada doorgift? Tak nak doorgift Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini? Nak jadikan Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini sebagai hantaran sahaja? Boleehhh... Tak ada masalah kerana kami juga ada menyediakan 2 jenis pembungkusan Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini yang sememangnya amat sesuai untuk anda jadikan hantaran majlis pertunangan atau perkahwinan anda.... oppss nanti dulu... bukan untuk hantaran aje tau! Kalau nak tempah lebih pun boleh, boleh juga dijadikan hadiah atau buah tangan untuk orang tersayang atau ketika anda melawat sanak saudara rakan & taulan.
 
Kenapa Tart Nenas Bentuk Buah-Buahan Kami Menjadi Pilihan?

MENTEGA TULEN

Tart nenas bentuk buah-buahan ini dihasilkan menggunakan MENTEGA TULEN

TIADA bahan PENGAWET

Tart nenas bentuk buah-buahan ini dihasilkan menggunakan bahan/ ramuan yang halal & pewarna makanan dalam kuantiti yang dibenarkan serta TIADA bahan PENGAWET

Jangka Hayat

Tart Nenas Bentuk Buah-buahan kami mempunyai jangka hayat selama 3 bulan dari tarikh ia dibuat jika disimpan di dalam bekas kedap udara

Doorgift

Berat setiap biji tart nenas bentuk buah-buahan ini lebih kurang 18 gram dan saiz ini amat sesuai untuk dijadikan doorgift perkahwinan atau pertunangan mahupun majlis keraian yang lain

Cair dimulut

Kelebihan tart nenas bentuk buah-buahan kami ini adalah dari segi teksturnya yang cair dimulut serta sukatan inti jem nenas yang amat mencukupi untuk membuatkannya benar-benar dapat dinikmati sehingga ke gigitan terakhir

Boleh POS

Tart Nenas bentuk buah-buahan ini BOLEH DIPOS dengan selamat termasuk ke Sabah & Sarawak kerana kami menggunakan pembungkusan khas bagi mengelakkan tart nenas daripada pecah
Jom Singgah - TV3
Malaysia Hari Ini - TV3
Apa Kata Wanita - TV1
Assalamualaikum - TV AlHijrah
Harian Metro
Berita Harian
hubungi tart nenas unik
NOTA PENTING:
Kami amat menggalakkan pelanggan-pelanggan kami untuk membuat tempahan seawal 2 minggu sebelum tarikh pengeposan dibuat. Ini adalah kerana, kami tidak ada stok tersedia. Kami hanya akan menyiapkan/membuat tempahan berdasarkan ‘made to order basis’ kerana produk kami adalah produk ‘homemade’ di mana kami amat mementingkan kualiti serta ‘kesegaran’ produk terjamin setiap masa walaupun Tart Nenas Bentuk Buah-buahan ini mempunyai jangka hayat selama 3 bulan (tanpa bahan pengawet).
logo-tart-nenas-unik
Copyright 2017 - TartNenasUnik.com - All Rights Reserved